Friday, January 21, 2011

korang pernah dengar pasal cinta tak?....tipu lah kalo korang cakap tak pernah. kang ko dok tgk tengok di tv3 pukul 2 ptg setiap hari sabtu tu."crite industan"...haaa sal cinta la tu. korang pernah bercinta?...yang tu,ko je yang taw noh.....bagi yang pernah bercinta, korang penah ado masalah cinta?..oit, nape tetiba harini bercerita tentang bercinta-cinton pulak?...hey,ni blog aku.suke hati aku lah nak crita pasal apo pon.


ni nak balik kepada cerita kita tadi.... ko nak kawen ke kalau  bercinta pon ada masalah. korang keno lah buat plan awal-awal...keje kawen ni bukanlah keje 2,3 hari macam korang dok becinta...

sebelum korang dan jugak aku terlambat mahupun membuat kesilapan, disini akanku rungkai 10 kesalahan besar perkahwinan.....semoge selepas korang baca ni, boleh lah korang mengelak berlakunya perkara-perkara ini... kesalahannya adalah:

1.  Kurang sikap menghormati 

selalu dok crite sal isteri kene hormat kat suami. tapi sebenarnya suami jugak kene hormat kat istri.itu yang dinamakan hormat-menghormati.

2. Tidak mendengar pasangan anda dengan baik

Ini termasuk sikap anda yang suka ubah topik dan fikiran cepat melayang ke arah lain ketika si dia sedang bercerita atau meluahkan sesuatu kepada anda.  Mulai harini, cuba dengar dengan ikhlas dan penuh kasih sayang ketika si dia bercakap.

3. Kurang keintiman

Ini adalah ‘Swine Flu’ di dalam sesebuah hubungan selepas perkahwinan. Cepat-cepat jumpa pakar hubungan keintiman untuk nasihat di dalam isu ini.

4. Sentiasa nak betul

Selalu memberi ‘khutbah’ kepada pasangan anda. Ada kalanya kita harus mengaku kesalahan kita dan cuba menerima kritikan dengan sikap yang rasional. Bila kali terkahir anda rasa anda betul ketika berdebat dengan pasangan anda? Fikirkan semula.

5.  Tidak membuat seperti yang dikata

Bila anda berkata atau berjanji sesuatu. Laksanakan. Si dia pasti makan hati jika anda tidak ‘walk the talk’. Jangan main cakap sahaja. Tunjukkan dan buktikan anda melaksanakan apa yang anda kata.

6. Kritikan pedas

Kadangkala gurau atau ‘teasing’ boleh menyebabkan si dia makan hati. Anda tidak sedar. Dalam hatinya sapa yang tau. Jika anda rasa dia tidak memberi respons yang baik terhadap ‘gurauan’ keras anda, hentikan segeral. 

7. Tidak jujur

Pendek kata. Buat jahat dibalas jahat.

8.  Sikap ‘annoying’

Jika anda ada habit yang tidak baik seperti pengotor, suka membebel atau apa sahaja yang menyakitkan fizikal dan mental si dia, sila hentikan. Mula-mula memang boleh terima tetapi lama-lama rasa nak yang lain pulak. Jangan marah.

9.  Sikap mementingkan diri sendiri

Jangan mementingkan diri sendiri seperti tidak suka rakan si dia datang rumah tetapi bila rakan sendiri buat macam party pulak kat rumah. Hormati kesukaan dan kemahuan pasangan anda.

10. Sikap panas baran

Kemarahan memang musuh di dalam sesebuah persahabatan dan hubungan rumahtangga. Bila marah, semua tak jadi. Sebelum anda melakukan tindakan tidak rasional ketika marah (lepas talak tiba2 ke ops ) tolong belajar macam mana nak kawal kemarahan tu SEKARANG.

ok?....macam mane dgn tip2 itu......diharap boleh la korang buat bekalan untuk menjalani idop berumah tangga nanti....

No comments:

Post a Comment