Friday, March 8, 2013

Tip Memulakan Perniagaan Restoran / Kedai Makan

assalamualaikum semua,

aku sebenarnya dalam perancangan nak bukak restoran. aku pun cuba la usha2 kat google camner nak bukak bisnes ni.

ni aku ada jumpa beberapa tip yg boleh dikongsi bersama:


1. Tentukan perjanjian perkongsian dengan pelabur
Macam-macam boleh terjadi dalam bisnes, jadi yang utama adalah kita menentukan dengan bertulis mengenai perjanjian perkongsian sejak dari awal.
Berapa pelaburan yang dilaburkan oleh pelabur ?
Berapa share pegangan syarikat ?
Berapa perkongsian keuntungan ?
2. Buat analisa lokasi
Jika anda menjual barangan yang murah bagaimana sekalipun, jika lokasinya salah, maka perniagaan ini tidak akan berjaya. Contohnya anda menjual ikan sejuk beku di perkampungan nelayan. Tentulah tidak ada orang akan membeli, kerana mereka boleh mendapat ikan segar dengan mudah.
3. Buat analisa komposisi penduduk
Untuk restoran, anda perlu tahu siapa yang tinggal di situ ? apa bangsa mereka ? adakah mereka akan membeli daripada anda ?
4. Apakah sasaran pasaran (target market) anda ?
Anda tidak mungkin untuk berjaya jual kepada semua orang. Anda perlu mempunyai sasaran yang jelas dan tepat. Cuba kecilkan sasaran anda. Anda akan boleh menembak dengan lebih tepat. Jika anda cuba tembak ke semua arah, mungkin tidak ada satu pun yang akan mengena.
Akhirnya anda hanya akan rugi masa, wang dan tenaga. Tetapkan sasaran anda setepat-tepatnya.
5. Apakah penduduk ini akan berminat dengan masakan anda ?
Jika kawasan itu adalah kawasan orang India atau Melayu, mereka tentu mahukan masakan yang pedas dan berkuah. Minat satu-satu jenis makanan wajar dikenalpasti dari awal.
6. Apakah pendapatan penduduk yang menjadi sasaran anda ? Adakah Mereka mampu membelanjakan wang mereka di restoran anda ?
Walaupun penduduk yang anda sasarkan meminati dan mengidamkan makan masakan yang anda tawarkan. Jika harganya tidak bersesuai dengan pendapatan mereka, mereka tidak akan datang untuk makan. Jadi samada harga makanan perlu turun atau gaji mereka perlu naik.
Jika anda tidak berminat menurunkan harga, anda perlu mensasarkan golongan sasaran yang baru. Yang berpendapatan lebih dan mampu untuk membeli produk yang anda tawarkan. Ia tidaklah sesukar yang anda sangkakan. Di Kuala Lumpur hari ini, kita dapat lihat kedai mamak yang menjual air jus RM 2.00 segelas. bersebelahan dengan restoran arab dengan air jus RM 9.00 segelas. Namun kedua-dua restoran mempunyai pelanggan tersendiri.
Jadi konsep yang anda bawa perlu menepati sasaran dan terdapat beberapa lagi faktor yang anda perlu tentukan seperti senarai di bawah
7.  Dari segi operasi anda perlu tentukan individu yang akan memenuhi jawatan-jawatan ini
- Pengurus – Seseorang yang perlu menguruskan pembelian bahan mentah, rokok, masalah dengan pelanggan, kutipan bayaran, urusan dengan pihak berkuasa seperti DBKL atau Polis, menjamin kualiti perkhidmatan sentiasa dipelihara
-Chef – Banyak restoran lingkup kerana Chef lari untuk bekerja di tempat lain atau balik ke kampung. Jadi anda perlu menjaga Chef ini dengan baik dan cuba ikat dia dengan anda. Selain itu, anda juga perlu menyediakan back-up plan jika Chef anda lari .
-Pelayan – Bagaimana kaedah mendapatkan pelayan restoran yang murah dan boleh mempelajari kemahiran dengan cepat dan cekap ? Mungkin anda perlu mengambil dari negara luar kerana anak-anak Melayu tidak berminat untuk bekerja sebegini. Jika di luar, apa pula prosedurnya dan bagaimana memohon ?
8. Tentukan Menu Makanan
Buat menu makanan dan tentukan apa yang ada dalam menu tersebut. Cuba buat sample dahulu dan tanya kepada kawan-kawan anda untuk mereka memberi komen dan pandangan. Buat semula dan tunjuk semula sehingga anda benar-benar puas hati.
9. Perabot – Renovasi - Apabila anda mengambil sebuah ruang kedai untuk dijadikan restoran. Anda tentu perlu membuat renovasi keseluruhannya. Ini memakan kos yang banyak. Selain itu terdapat juga syarat dari pihak berkuasa dimana dinding mestilah dipasang marmar sehingga beberapa kaki tingginya. Anda perlu mempunyai pemadam kebakaran dan syarat-syarat lain. Bagaimana pula mengenai papan tanda restoran anda ?
Selain itu ada juga perlu mengeluarkan modal besar untuk perabot seperti meja, kerusi, kerusi bayi dan alatan-alamat memasak yang lain.
10. Wang operasi simpanan – Walaupun anda merasa anda telah melakukan kesemuanya, tentu ada perkara tertinggal ataupun sesuatu yang anda perlu belanjakan secara berterusan. Untuk semua ini, anda perlu ada wang operasi simpanan untuk tempoh sekurang-kurangnya 6 bulan. Anggap  jika anda tidak mempunyai perniagaan langsung selama 6 bulan, wang inilah yang akan membiayai perniagaan anda. Wang ini perlu disimpan dan hanya diambil apabila benar-benar perlu.
Petanda bahawa anda perlu gunakan duit ini adalah apabila, jika tidak digunakan, ia akan menjejaskan pendapatan restoran anda. Contohnya apabila bekalan elektrik dipotong kerana tidak dapat di bayar. Pada waktu sebeginilah anda perlu gunakan wang operasi simpanan ini.
ni sume aku copy kat sini

Sunday, March 3, 2013

makan-makan

 malam tadi kami makan2 dekat restoran soraya seafood dekat kampung baru, saje nak tukar selera nak makan nasi bubur. jom makan :)






biasa kami makan masakan panas dekat sini sedap. tapi untuk nasi bubur rasa kurang sikit.


Friday, March 1, 2013

makan

arini saje nk tukar menu...selalu makn kuey teow kunfu tapi sebab si tukang masak x suke makan kuey teow, jadi die dgn pandai2 nye tukar dgn yee mee. 
ni lah rupenye....sedap sgt..huhu
lagi sedap yg masak orang yg kita sayang :)

Friday, February 15, 2013

CUTI RAYA CINA TAHUN 2013

cuti raya cina tahun ni kebetulan dengan cuti sem....aktiviti kitorang menolong mak menjual makanan2 dekat tepi pantai sri tujoh. pantai ni tempat orang makan angin. bile time2 cuti macam ni, ramai la orang. bile ramai orang, orang bisness cam kami ambek kesempatan...huhu

ni tgh mencelop udang untuk digoreng

time ni xde orang lagi, baru kul 12.45pm....blh la posing2

kitorang juga ada jagung bakar.....yummy2

ni dah xde rupe keta...cam stor pun ada..tapi xpe, sume yg diperlukan ada

korang nampak x gerai kat depan tu, tu gerai pak ngak aku...

waaaa, terasa lapar la wei

ni dulu kami goreng...jap lagi nk goreng cempedak pulak,,..
gerai kat depan tu gerai sepupu aku.kak bidah, anak pak ngah.gerai kami dekat2 je tp xde dengki2 coz rezeki masing2 :P


Monday, January 21, 2013

jalan-jalan dekat taman tasik perdana selepas exam

disebabkan sepanjang sem asyik duk study je (study ke?), jadi xde masa untuk jalan2 sekitar KL ni. selepas exam, ambek masa sikit untuk bersia-sia. balik kampung lewat 2,3 hari dari org lain. tapi xpe, cuti kan sebulan...ni ada beberapa keping gambar kami jalan2 kat taman ni.


posing membelakang gaja lofa...

bajet model kejap :P

 senyum sikit2 sudah la... XD

ni sebab dah lengoh berjalan.taman ni sangat la luas

agak menenangkan tengok kehijauan alam dan air yg terpancut tu

ni nape pulak sedih2 ni

time tok main nyorok2,huhu




bajet gambar kandit la ni,hehe

hahaha....cam nak kawat pun ad


Sunday, January 20, 2013

HR Steak Kg Baru

sebelum balik kampung kerana cuti sem selama sebulan, jom makan2 dulu... kami pergi makan dekan HR Steak house.
kami tak ambek pun gambar makanan. sebab time tu dah lapar sangat kan. makanan sampai je terus makan

ni beberapa keping gambar selepas makan..sebelum balik





p/s: gambar agak blur dan menyakitkan mata

Sunday, January 6, 2013

rindu makanan kat kampung

dah muak dengan fast-food, nasi campur, masakan panas...aku rindukan makanan yang selalu dimakan time duk kat kampung. nak balik, final exam dah dekat.
si dia bawak aku ke Kampung Baru....akhir dapat makan ni
ni orang panggil kerabu megi. sedikit pelik bagi orang KL. ia adalah makan kelantan n melayu Thai.
satu ni harganya RM6. mulanya rasa mahal, tp bile dah buka tgk. agak berbaloi dengan harga.
sedikit preview bagi yg xpernah dengar ye.
die ada udang, daging, ayam, cendawan yg lembut berwarna hitam, rumpai laut yang warna putih tu, megi (wajib la kan), mangga, salad, asam (air perahan limau), gula (org kg aku pnggl manisan padi), sedikit cabai, bawang pun ada. (lain2 bahan yang mungkin aku sendiri pun tak tahu).