Wednesday, October 17, 2012

Dalam duk jalan2 dari blog ke blog tadi, aku terbaca sal 1 soalan ini...
sangat interesting.
smoge perkongsian ini memberi mamfaat kpd kita semua

Bolehkah Mandi Junub Selepas Waktu Imsak?

Soalan:- 

Berkenaan dengan mandi junub, di dalam bulan Ramadhan, adakah kita perlu mandi junub sebelum imsak atau pun boleh mandi junub selepas imsak?

Jawapan:-

Tidak menjadi masalah mandi junub selepas imsak, malah selepas masuk waktu subuh. Ia tidak memberi sebarang kesan kepada puasa. Yang perlu dijaga ialah jangan bersetubuh selepas masuk waktu subuh kerana ia membatalkan puasa. Adapun bersetubuh sebelum masuknya subuh, ia tidak membatalkan puasa sekalipun mandi junub dilakukan selepas subuh. 

Saidatinia ‘Aisyah r.a. dan Ummu Salamah r.a. pernah menceritakan bahawa; “Nabi s.a.w. pernah bangun pagi dalam bulan Ramadhan dalam keadaan berjunub kerana bersetubuh dengan isterinya. Baginda mandi dan kemudiannya berpuasa tanpa mengqadhanya” 
- (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim).

Jadi bagi orang yang bersetubuh dengan isterinya, harus melewatkan mandi junub sehingga selepas masuk waktu subuh. Begitu juga, bagi wanita yang terputus haidnya pada sebelah malamnya, tidak batal puasanya jika ia menangguh mandinya hingga selepas subuh. Namun demikian, menyegerakan mandi dalam semua keadaan ini adalah disunatkan.

Wallahu a’lam.

dipetik disini

Sunday, October 14, 2012

ayam golek bintang lima

malam ni kami diner dekat ayam golek bintang lima, pantai dalam.. lokasinya sangat dekat dengan rumah sewa aku.kami hanya berjalan kaki sahaja.

gambar2 yang diambil adalah selepas makanan tiba...bila makanan tiba, terus letak tepi hp dan makan sampai licin






Friday, October 12, 2012

felt untuk red warriors

assalamualaikum kawan2 yang sudi baca blog aku ini...
setelah sekian lama tak kongsi apa2 dgn korang, hari rasa banyak pulak masa sampai boleh update blog...
assignment berlambak tu tolak tepi kejap.
sebab nak kongsi satu wallet yang aku buat untuk adik aku yg minat sgt bola



wallet xde la lawa mane tp sebab aku buat tu tema red warriors and letak pulak nama piya
happy giler budak tu
dibawanya ke hulu ke hilir
semua kawan yg die jumpa ditunjuknya
kesannya
harini beg ni dah pun lunyai
:(
penat je aku buat..