Tuesday, January 18, 2011

harini aku nak cerita pasal benda lain sikit....jarang lah korang nak baca kat blog2 ni..hah, ni pasal ujian jpj (ujian kreta)..



peraturan2 yg perlu dipatuhi:
  1. Betulkan tempat duduk
  2. Betulkan cermin sisi dan cermin pandang belakang
  3. Pakai tali pinggang keledar(untuk kelas D sahaja)
  4. Pastikan gear berada di dalam keadaan bebas sebelum enjin dihidupkan
  5. Hidupkan enjin, periksa lampu isyarat “signal”, lampu “double signal”, air, wiper dan hon
  6. Gunakan brek dan brek tangan apabila diperlukan
  7. Mematuhi peraturan di lampu isyarat
  8. Mematuhi tanda berhenti di persimpangan jalan
  9. Mematuhi peraturan garisan dua selari
  10. Memandu di lorong yang betul
  11. Memandu kenderaan di jarak yang selamat
  12. Memotong dengan cara yang betul dan menggunakan cermin pandang belakang sebelum membelok
  13. Mematuhi had laju
  14. Memberi keutamaan kepada pejalan kaki, penunggang basikal dan motosikal
  15. Memandu diselekoh dengan cara yang betul, perlahan dan ikut lorong yang betul
  16. Tidak menukar lorong dengan tergesa-gesa di kawasan kesesakan dan lalulintas
 amacam?tak cukup tips?...nah aku tambah lagi,,,

Menghadapi ujian Jalan Raya (Route), seorang calon elok berpakaian sopan dan bertatatertib. Dibawah adalah Tips-tips yang harusnya kita laksanakan semasa ujian berlangsung. (berlakon jew hari tu coz nk lulus kan,)


1) Berhenti di Persimpangan
Berhenti 2 meter belakang garisan. Tarik brek tangan. Bubuh signal ke arah hendak belok. Pasti tiada kereta datang dari sebelah kiri atau kanan sebelum gerak.

2) Memandu di Jalan Raya
Memandu dekat sekolah had laju 30 kmj. Di jalan raya, had laju purata 60 kmj. Pasti dapati kawal stereng dengan baik. Elok jangan “mengular” (tidak stabil). Beri jalan kepada kenderaan dan pengguna lain.

3) Memandu di garisan dua (Double Line)
Jangan potong di garisan kembar. Demikian juga di selekoh.

4) Memandu di Lampu Isyarat
Tuan-tuan hendaklah mematuhi lampu isyarat. Kalau kenderaan belum lepasi garisan kuning, and seharusnya Berhenti. Kalau kenderaan sudah lepasi garisan, maka berjalan secara berjaga-jaga saja.

5) Kawalan Stereng
Kedudukan tangan di stereng elok berposisi pukul 10 dan 2. Juga pasti memegang stereng tangan jangan bersilang. Jangan guna sebelah tangan semasa memandu. Anda diizinkan memegang dengan satu tangan apabila menukar gear.
Memandu dengan selamat semasa dijalan raya. Elakkan kemalangan berlaku semasa ujian. Apabila sampai balik be institut, hentikan kenderaan dan tarik brek tangan. Tanya penguji kalau ia hendak kunci suis ditutup atau tidak. Patuhi arahannya.

Akhir kata, kalau anda beretika lembut kepada pengguna jalan raja lain dan anda memandu dengan penuh keyakinan, anda akan berjaya.
Memakai pakaian kemas sewaktu ujian, sudah pasti anda akan mencapai Kejayaan dalam ujian jalan raya.(kira cam markah bonoh lah)

ha,itu baru jalan raya...ada lagi taw,,

1- teknik mendaki bukit....
  1. Gunakan gear satu, jalan ke hadapan mendaki bukit.
  2. Berhentikan kereta apabila tayar hadapan mencecah ke dalam garisan kuning. Bebaskan (free) gear, tarik brek tangan.
  3. Keluarkan kepala melihat ke arah tayar atau pastikan cermin sisi selari dengan tiang 1.

Calon akan lulus  jika: 

  1. Berjaya meletakkan kedua-dua bahagian roda hadapan motokar di atas garisan kuning secara berterusan samada 100%, 75% atau 50%.
  2. Berjaya maju kehadapan tanpa berundur melepasi garisan kuning apabila diarahkan oleh penguji.
  3. Berjaya melakukan ujian dalam masa 3 minit. Masa tamat akan dicatat selepas keseluruhan badan motokar melepasi garisan kuning.

Calon akan gagal jika:

  1. Gagal meletakkan kedua-dua roda hadapan samada 100%, 75% @ 50%
  2. Melebihi masa yang ditetapkan.
  3. Melanggar tiang penanda besi (samada jatuh atau tidak)
  4. Langgar garisan putih.
  5. Kemalangan (samada langgar kenderaan lain, langgar bahu jalan atau langgar objek dalam litar

2- teknik blajar parking.......

  1. Luruskan kereta, undur dan dapatkan tiang nombor 1 di sisi cermin segitiga dan berhenti.
  2. Pusing kiri sampai habis, undur dan dapatkan tiang nombor 6 melalui cermin tingkap sisi lalu berhenti.
  3. Pusing kanan 2 kali (luruskan tayar). Undur kereta sehingga tayar belakang mencecah garisan putih dan berhenti.
  4. Pusing kanan sampai habis, undur ke dalam petak parking dan berhenti (free gear dan tarik handbreak)
  5. a) Pusing kiri sampai habis guna gear 1 maju kehadapan sehingga badan kereta sama lurus dengan   garisan dan berhenti (free gear dan tarik handbreak). Angkat tangan.b) Kemudian, masuk gear reverse berundur ke belakang dan berhenti (free gear dan tarik handbreak)
  6. Pusing kanan sampai habis dan keluar berhati-hati menuju ke petak pusingan tiga penjuru.


Calon akan lulus  jika:

  1. Berjaya melakukan ujian parking dan keluar dalam masa 5 minit.
  2. Keempat-empat roda dan seluruh badan kenderaan berada dalam kotak.

 Calon akan gagal jika:

  1. Melanggar atau menyentuh tiang penanda.
  2. Melanggar atau menyentuh tapak tiang penanda.
  3. Tidak dapat melakukan ujian dalam masa yang ditetapkan:
  • Badan kereta menyentuhi atau melebihi garisan kuning samada semasa masuk atau keluar
  • Keseluruhan kereta tidak masuk dalam petak
  • Sebahagian kereta tidak masuk dalam petak
  • Badan kereta samada depan atau belakang menjulur keluar.
  • Kereta masih berada dalam petak samada sebahagian atau keseluruhannya apabila tamat tempoh 5 minit yang ditetapkan
  • Melakukan ujian parking melebihi masa yang ditetapkan iaitu 5 minit.


3- dan yg trakhir skali, teknik tiga penjuru.......

Calon akan lulus jika:
  1. Berjaya melakukan ujian dalam masa 3 minit.
  2. Calon berjaya melakukan ujian seperti berikut:
  • Masuk ke petak dari kiri ke kanan dan berhenti seketika
  • Dari Kanan berundur ke belakang dan berhenti seketika
  • Dari kiri bergerak ke kanan dan terus keluar.
Calon akan gagal jika:
  1. Melanggar atau menyentuh tiang besi penanda samada semasa masuk atau keluar.
  2. Badan kereta menjulur keluar
  3. Melakukan olah gerak lebih 3 pergerakkan
  4. Melakukan ujian melebihi 3 minit
  5. Berlaku kemalangan

p/s: sebenarnya aku test kete esok......doakan aku ye kwn2,,,,

No comments:

Post a Comment